Sekadar berkongsi pandangan. Mungkin ada betulnya, mungkin ada kurangnya.
Friday, 3 May 2013
"Saya telah RELA diliwat" - Saiful
Melihatkan video sumpahan ini, teringat pada sifat orang Munafik.Bukan saya nak kata beliau munafiq, cuma... Perbuatan beliau bersumpah mengingatkan saya pada sifat seorang munafik.
Mungkin benar sumpahannya, mungkin juga sumpahannya itu sekadar rekaan. Mana tahu dia Syiah, bersikap 'taqiyah'. Boleh tipu demi 'kebaikan' (kalau bukan keuntungan) atau tipu zahir, batin tidak. Maka urusan ini, kebenaran atau kebatilan kita serahkan pada Allah yang tentu sekali Maha Mengetahui. Kita hanya dapat membuat spekulasi.
"Saya telah diliwat." Agak kurang masuk akal bila statement sebegitu dibuat. Lembik sangat ke lemah sangat si Saiful ni hinggakan diliwat begitu sahaja. Macam makanan, tak boleh nak melawan.
Liwat ini ibarat jimak dari sudut penerimaannya; seorang lelaki tidak akan diliwat tanpa kerelaan lelaki lain. Seharusnya dia katakan, "saya telah rela diliwat."Like, come on, you can just stop him and run but you didnt because "saya telah rela diliwat". It just doesn't sound right to me. Fallahu taa'la 'alam.
Pos ini bukanlah pro Anwar Ibrahim. Pos ini juga bukanlah hendak sibuk-sibuk dalam politik Malaysia atau PRU 2013. Cuma, sekadar pandangan saya dari akal pemberian Allah ini.
Yang kurang dari saya, terangkanlah jangan ditentang.
Anwar Ibrahim, kalaupun benar beliau melakukan perbuatan tersebut, mungkin sahaja beliau bertaubat. Mudah-mudahan diterima taubatnya.
Kalaupun benar Anwar pernah melakukan perbuatan terkutuk itu pada Saiful, itu dahulu.
Kita perlu ubah mindset kita. Kita mestilah membenci perkara yang dibuat Anwar bukanlah Anwar.
Janganlah kerana sebuah kesalahan itu, kebaikannya dinafikan semua, dibuang dan dilupakan.
Namun, apakan daya, itulah lumrah manusia.
Ala kulli haal, semoga berjaya buat semua calon bertanding untuk PRU13.
Saya selaku warganegara Singapura ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Malaysia dalam pilihan raya nanti.
Bersatulah dalam membangun Malaysia. Biarpun parti yang anda sokong tidak menang, teruskan semangat bersatu dan membantu.Utamakan ukhuwwah daripada parti.
Terakhir sekali, mudah-mudahan akan ber-anwar (bersinar - B. Arab) dengan cahaya kebenaran. Juga mudah-mudahan, lidah yang menipu akan menjadi saiful (pedang) yang melukai diri sendiri.
No comments:
Post a Comment