• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

dengarkanlah suaraku

Pergi ke kedai membeli cengkih,
balik ke rumah memasak kari,
Ingin diucapkan terima kasih,
Atas sokongan yang diberi selama ini.
=)

CAK! anda pelawat yang ke...

holo sync centerpointe

Ringan dan bergaya

BERITA HARIAN SG, 27OGOS2010


Bagasi tahan lama mudah dibawa ke mana-mana

ANDA baru sahaja melangsungkan perkahwinan anda dan merancang untuk berbulan madu ke negara jauh. Atau anda hanya ingin menghabiskan hujung minggu anda dengan berkunjung ke negara seberang tambak atau ke kepulauan berhampiran Singapura untuk bersantai bersama keluarga.

Mungkin juga anda jenis yang lasak, lantas memilih kerjaya yang memerlukan anda bergegas dari satu benua ke benua lain untuk tujuan perniagaan.

Walau apa pun misi anda, soalan paling utama: 'Sudahkah anda menyiapkan segala keperluan anda seperti pasport, ubat-ubatan dan meninjau tempat yang bakal anda lawati itu menerusi buku panduan pelancongan atau risalah dalam talian?'

Mungkin waktu ini anda sedang mencari sebuah bagasi atau beg melancong untuk dibawa ke negara yang anda ingin lawati itu. Tentunya dalam mencari sesebuah bagasi, anda mengutamakan mutu dan daya tahan beg tersebut. Anda juga tidak mahu yang berat-berat.

Sekarang adalah masanya untuk anda memilih bagasi ringan yang tahan lama, diperbuat daripada bahan yang baik serta tidak kurang cantiknya. Antara yang sesuai dengan keperluan masa kini termasuk jenama American Tourister.

Walaupun jenama American Tourister itu sendiri jarang didengari, ia sebenarnya sudah lama bertapak sejak 1933 lagi. Hanya dua tahun lalu, ia memasuki pasaran Singapura. Kalau anda nak tahu, American Tourister ini adalah syarikat bagasi pertama yang menghasilkan iklan televisyen dan melampirkan tanda bagasi (luggage tag) sekali gus.

Jenama ini memang dikenali sebagai mempromosikan beg-beg melancong yang tahan lama. Lihat sahaja iklan televisyen mereka yang pertama. Kelihatan seekor gorila memijak-mijak dan mencampak-campak bagasi itu tetapi ia kekal tidak kemek ataupun rosak.

Rahsia ketahanan beg-beg American Tourister ini terletak pada siri ujian terperinci lagi lasak yang dikenakan ke atas produk-produk yang dihasilkan sebelum proses pengesahan dibuat oleh pihak pengurusan. Beberapa beg secara rambang melalui beberapa ujian sebelum dijual di pasaran.

Pertama, ada 'ujian hempas' di mana beg yang penuh terisi muatan barangan ini dijatuhkan lima kali untuk memeriksa tahap kekuatannya dalam menangani perubahan cuaca yang ekstrem. Kedua, 'ujian sentak' yang melihat beg penuh muatan tadi disentak 5,000 kali untuk memastikan beberapa bahagian beg itu seperti besi pemegangnya itu utuh walau dicampak dan dilambung.

Ketiga, setiap beg tadi melalui 'ujian mangga' di mana mangga pada beg itu dikunci dan dibuka 15,000 kali bagi tujuan keselamatan. Beg itu juga diheret sepanjang 32 kilometer dalam 'ujian roda'. Akhir sekali, 'ujian golek dan guling' di mana beg itu digoncang dalam dram raksasa sebanyak 25 kali untuk memastikan jika ia diuruskan secara kasar, ia tetap tidak rosak.

Jika anda merancang untuk ke pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) di Singapore Expo, mulai hari ini, fikirkan juga tentang bagasi yang ingin anda gunakan.

Pada 10 Ogos lalu, Samsonite yang membeli jenama dan sekali gus hak penjualan dan pengedaran American Tourister sejak 1994 muncul dengan dua beg koleksi baru, Manama dan Houston yang menekankan trend mengembara tanpa bebanan beg.

Kata Naib Presiden Samsonite Asia Tenggara, Encik Frantz Braha:

'American Tourister bangga dengan keupayaannya menyediakan bagasi bertaraf dunia bagi memenuhi keperluan masyarakat umum. Produk-produk terkini kami menggabungkan stail, fungsi dan kekuatan beg itu sendiri pada harga berpatutan.'

HOUSTON UNTUK KARYAWAN

Koleksi Houston sesuai untuk karyawan yang sentiasa ke sana ke mari dan memerlukan bagasi yang tampak 'ada kelas' tetapi ringan. Ia diperbuat daripada bahan poliester yang tahan lama serta lasak.

Model bagasi Houston Spinner yang terdapat dalam tiga saiz dan digerakkan dengan empat roda sesuai dibawa ke pejabat atau kunjungan bisnes.

Bagasi tote pula dicipta untuk eksekutif dengan reka hias kontemporari serta ruang berbilang fungsi. Terdapat ruang untuk mengisi komputer riba juga. Bagasi Boston pula adalah beg gantian bagi menampung barangan keperluan kecil-kecilan. Ada juga beg sandang pada bahu di bawah koleksi ini yang memudahkan anda menyelitkan telefon bimbit anda.

MANAMA BEBASKAN MINDA DARIPADA STRES

Koleksi Manama pula menjadikan kembara anda lebih selesa dan mudah sebab ia merupakan bagasi-bagasi ringan yang mudah digerakkan dengan empat roda. Lantas, anda tidak perlu khuatir berat bagasi anda melebihi had yang ditetapkan di lapangan terbang.

Terdapat mangga berkombinasi yang disisipkan pada bagasi koleksi Manama yang datang dalam tiga saiz dan dua warna, merah atau kelabu. Tentunya, koleksi ini membebaskan minda anda daripada belenggu stres di jalanan..

Anda boleh mendapatkan kedua-dua koleksi terbaru Houston dan Manama di Suntec City Tower 1, #02-45 atau Plaza Singapura, #04-04.

Read More 0 comments | Posted by Abdul Rauuf edit post

0 comments



Post a Comment

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

abdulrauuf

  • perjalananku
      Cik Dewani Abbas dan Kak Haryani Ismail. Dua insan inilah yang telah memberikan motivasi bagi Rauuf untuk terus menulis dan berkongsi ilham yang ada. Tanpa inspirasi dari mereka berdua, tiadalah Rauuf yang dapat anda lihat hari ini.
  • Facebook Badge

    JOM

    Promote Your Page Too

    abdulrauuf

    Sesuap dari Santapan Harian Anda..

    yangHOTdibaca!

    • Bertemankan Gisel
      BERITA HARIAN SG, 24 MEI 2010 Naib Juara 'Indonesian Idol 2008' bukan boneka tetapi berpotensi besar SUDAH menjadi lumrah dunia hiburan....
    • RASA TAKUT HANYA PERMAINAN FIKIRAN
      CUBA anda teka, apa agaknya yang berbunyi, 'dap dup dap dup'? Aik! Bunyi kentutkah? Isy... Bedeklah bunyinya gitu. 'Dap dup dap dup.' Buny...
    • BALASAN MENANTI SI PENCURI
      BERITA HARIAN SG, 9HB MAC 2009 EKONOMI kita semakin hari semakin gawat. Syarikat-syarikat tidak kira kecil mahupun besar terpaksa ditutup....
    • 'Adikku' Siti Saleha...
      BERITA HARIAN SINGAPURA, 10 OKTOBER 2011 Aaron tercabar berlakon dengan Siti Saleha kerana perbezaan usia KESERASIAN antara Aaron Aziz dan p...
    • Catatan Esma
      BERITA HARIAN SG, 8 JANUARI 2010 Aktor kacak 'kaki blog' ANAK kelahiran Ipoh, Perak, ini bergegas ke sana ke mari untuk diwawancara sempe...

    arkibRENCANA

    • ▼  2011 (9)
      • ►  October (2)
        • 'Adikku' Siti Saleha...
        • Bancho kecohkan YouTube dengan lenggok Matrep
      • ►  July (1)
        • Selamat menyambut bulan Sya'ban!
      • ►  June (1)
        • Doa REJAB
      • ►  April (1)
        • Projek baru Rauuf..
      • ▼  February (4)
        • Aksi makhluk asing mempesona
        • Ayah dicari walau terseksa hati
        • Hargai keluarga
        • Ringan dan bergaya
    • ►  2010 (30)
      • ►  November (1)
        • Rauuf kembali!!! (Ini bukan rencana akhbar ya!)
      • ►  July (2)
        • Sinaran Sezairi
        • 'Hadiah Sarah' kepada peminat
      • ►  June (5)
        • Glamor sejak zaman 'Cikgu-Cikgu'
        • Pukulan maut
        • Duda 'hot'
        • Berkejar-kejaran bersama Putera Parsi
        • Hore hore
      • ►  May (3)
        • Bertemankan Gisel
        • Hero baru
        • Duta Budi ke S'pura ajak anak anda menari
      • ►  April (6)
        • Sesuci kasih Aishah
        • Teman Dari Hutan batu sakura
        • Kembara ke alaf baru dengan kenderaan terbang
        • kajian akademik muncul juara
        • CABARAN REALITI SOSIAL
        • Buah hati Aizat
      • ►  March (3)
        • Alice mengembara gara-gara hati tak sudi...
        • Surat-menyurat penjalin kasih
        • BERITA HARIAN SG, 1 MAC 2010 MEMPESONAKAN. Begitul...
      • ►  February (4)
        • Semarak media
        • Pujaan dara
        • Tiga jenis makanan popular
        • Catatan Esma
      • ►  January (6)
        • Putri filem seram
        • Tidak kering gusi
        • Rumitnya Cinta Tiga Segi
        • Gegar Sukma!
        • Nikmat Sokongan
        • 'Say Cheese'... Cis! Jangan tak senyum ya?
    • ►  2009 (39)
      • ►  December (10)
        • Siapa bakal digelar Ma'wa Idol kali ini?
        • Dunia khayalan yang realistik
        • Juara niaga
        • Nikmat bikin filem
        • Mencipta lagu dengan PSP
        • Jangan cuba-cuba
        • Serangan zombi menjadi-jadi
        • Mula tidak rela, selepas itu suka
        • Dibuang Jangan
        • Cinta lokomotif jadi paparan pengajaran
      • ►  November (5)
        • Kejutan manis
      • ►  October (2)
      • ►  September (2)
      • ►  August (3)
      • ►  July (2)
      • ►  June (4)
      • ►  May (1)
      • ►  April (4)
      • ►  March (3)
      • ►  February (2)
      • ►  January (1)
    • ►  2008 (23)
      • ►  December (2)
      • ►  November (1)
      • ►  October (2)
      • ►  September (4)
      • ►  August (1)
      • ►  July (3)
      • ►  June (3)
      • ►  May (3)
      • ►  March (1)
      • ►  February (1)
      • ►  January (2)
    • ►  2007 (14)
      • ►  December (6)
      • ►  November (2)
      • ►  October (4)
      • ►  September (2)

    links

    • facebook abdulrauuf
    • Facebook i3 - inspirasi, inovasi & idea
    • friendster abdulrauuf
    • blogs abdulrauuf

    halwa pendengaran anda


    MusicPlaylist
    Music Playlist at MixPod.com

    FEEDJIT Live Traffic Feed

    Facebook Share

  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright abdulrauuf. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top