Mungkin kekurangan idea,
ketiadaan masa lapang atau sekadar... malas.
Saya pernah menuntut di Madrasah
dan saya juga pernah mengajar di Madrasah; akan saya kongsi pengalaman saya
mengajar dalam entri akan datang. Insha Allah.
Tajuk saya pilih di atas tercetus
dari seorang pelajar saya, “kau fikir kita budak madrasah ni malaikat pe?”
Keluhan beliau di Twitter.
Benar, bila kita berada di
sekolah agama, ma’had atau madrasah orang akan memandang kita dengan sebuah
pandangan yang tidak mereka pandang pada pelajar sekular atau sekolah
pemerintah – mungkin.
Ada yang mungkin memandang bahawa
pelajar Madrasah tidaklah boleh lakukan sebarang kesilapan – maksum. Walhal,
kita semua ada kekurangannya dan kesilapannya; sama ada Allah menghijabkannya
ataupun tidak.
Pasti anda pernah mendengar
Hadith yang berbunyi, “setiap anak Adam itu membuat salah. Sebaik-baik pembuat
dosa adalah yang bertaubat.”
Tidak semestinya pelajar Madrasah
itu lebih baik dari pelajar bukan Madrasah. Ada dikalangan teman saya yang
bersekolah di institusi sepenuh masa yang bukan Islam tetapi akhlaknya lebih
mulia dari sebahagian pelajar Madrasah.
Namun, itu semua tidaklah boleh
dijadikan sebagai sebuah hujjah untuk pelajar Madrasah ‘melindungi’ diri mereka
dari kata-kata orang sekeliling. Sebaliknya dan sebaiknya, elakkanlah segala
apa yang dapat membawa kepada kata-kata buruk orang. Jagalah imej Madrasah. Janganlah
kerana anda seorang, seluruh pelajar Madrasah menerima kutukan yang sama. Maklumlah,
ada saja orang yang jenis mata merah dan jenis suka mengata atau ‘stereotype’.
![]() |
Bersama pelajar menegah saya sewaktu Kem Tarannum Alquran di Kuang. |
![]() |
Pembimbing Masyarakat pada masa akan datang, insha Allah |
Mahukah kita, bila berada di
depan nanti –memberikan ceramah, menyampaikan khutbah, membaca Quran- sedang
orang belakang melihat gambar-gambar masa lalu kita. Gambar pergaulan bebas
kita, gambar sedang sedang menghisap rokok, gambar tidak menutup aurat, gambar ‘couple
Islamic’ dan sebagainya.
Marilah, bersama-bersama, kita
bergerak ke arah perubahan dan pembangunan insan yang lebih berakhlak mulia dan
berjiwa murni. Selepas membaca rencana ini, remove lah segala gambar-gambar, tweet atau post di Facebook yang kurang sesuai selaku pelajar madrasah.
Selalulah juga doakan saudara seagama kita agar kita sesama kita mendapat hidayah Allah. Ayat dari Surah Qasas ada menyebutkan, “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.”
Saya faham, sukar mungkin untuk
meninggalkan perkara buruk. Namun, demi Allah dan Rasulullah, yok, jom,
marilah, ayuhlah, sama-sama kita fikirkan dan kita berubah.
Ketahuilah, ahli Maksiat itu
menganggap dosa ibarat lalat di hidung. Renung-renungkan.
![]() |
Bakal-bakal pewaris Nabi |
Masyarakat menganggap kita
sebagai ‘malaikat’ kerana kitalah Ulama Pewaris Nabi.
Saya akhiri dengan sebuah
analogi, kereta Ferrari yang terlibat dalam kemalangan. Biarpun ia dibetulkan dan
dihilangkan kesan kerosakannya sehingga kelihatan seperti baru, namun, orang tetap mengetahui bahawa ia tetap
pernah terlibat dalam kemalangan. Wallahu a’lam.