Berkecai. Laksana gelas dipegang tangan yang terhempas jatuh ke lantai. Begitulah hati ini.
Namun, aku bersyukur. Saat aku rasa aku hampir terjatuh,
saat aku rasa inilah ujian terbesar bagiku, Allah datangkan aku
semangat-semangat yang padu lagi mulia. Allah datangkan sangkaan-sangkaan yang
baik.


Sabar. Tenang. Biar mungkin lukanya parah. Maha Benarlah
Tuhan yang memberikan ganjaran buat mereka yang bersabar.
Alhamdulillah atas nikmat iman. Kalau tanpa iman, saat itu,
mungkin sahaja perkara yang di luar jangkaku bisa terjadi. Meski dosa bertimbun
tinggi, Dia tetap berikan kekuatan. Terima kasih ya Rabb.
Saat ku diberitahu. Aku keliru. Apakah seharusnya ku gembira
atau berduka atau campuran suka dan duka tapi yang penting terluka. Aku rasa,
berakhirlahlah segalanya di situ. Aku hentikan segala harapan dan hasratku. Aku
cuba menghindari.
Kuat? Mungkin sahaja kuat itu hanyalah pilihan ku ketika
itu. Punah rasa segala impian. Namun aku percaya, keterlewatan ku ini juga
adalah di bawah ketentuannya. Aku percaya pada hikmahNya.
Sudah ku rancang awalnya. Namun, lidah ini kelu dan belum bisa lagi bergerak. Bukan tidak berani tetapi aku yakin ada waktu yang lebih baik. Apapun, yang berlalu tetap berlalu.

Maha PenyayangNya Yang Maha Esa. Saat ku berada di kejauhan.
Saat ku berada jauh dari pelukan ibu dan abah. Saat ku hampir tersungkur. Dia bawaku
terbang menemui mereka. Merasakan kasih sayang yang hakiki.
Ya Rabb. Sungguh ku tak layak. Sungguh banyak dosaku. Namun
Engkau memberi rahmat dan belasMu padaku yang hina ini.
Aku bersyukur, aku dikelilingi insan-insan yang menghargai
diri ini. Insan-insan yang memahami situasi ku ini. Insan-insan yang memberi
semangat untukku merangkak semula biar meski kaki ini sudah tak terdaya.
Ya Rabb, kau berkatilah insan-insan yang menghulurkan tangan
mereka saat ku memerlukan. Kau hulurkanlah tanganMu saat mereka memerlukannya.
Hari berlalu. Aku sudah bisa merangkak. Kerap kali juga
berjumpaMu. Kerap kali juga bersamaMu. Menitiskan airmata. Meluahkan segala
hasrat, impian dan harapanku meski ku tahu Engkau Maha Mengetahui. Engkau
menyapaku dengan penuh rahmat. Dalam dhuha, dalam lena insan kita berjumpa. Ku serahkan
segalanya padaMu. Aku redha ketentuanMu. Aku pasrah.
Kerana amanah dan tugasan, aku terpaksa bertentang mata. Bukan
kerana diri ini sudah kuat tapi kerana ku harapkan itulah kali terakhir
pandangan berbalas.
Kesalku kerna saat berpandangan, aku terjatuh. Kaki yang
sudah mula berjalan hampir lumpuh.
Aku cuba menghormati. Aku cuba berdiam. Namun aku kalah. Aku
tergerak. Aku bercerita dan didengari.
Bukan mudah.
Hari berlalu. Seakan pantas masa berlalu sepantas doa yang
mungkin hampir dimakbulkan. Aku sendiri tidak percaya akan langkahku. Namun aku
pasti, ia dalam susunanNya.
Tuhan pulangkan senyumku. Tuhan hilangkan resahku. Tuhan
datangkan semula mentari ceria.
Aku sedar. Dia hanya ingin bergurau. Mungkin kerana kealpaan
dan kecuaianku. Mungkin kerana aku terlupakanNya. Lantas, Dia mahu melihatku
meminta-minta padaNya. GurauanMu ya Rabb. :")
Terima kasih ya Rabb. Moga nikmat yang Engkau hadirkan
semula ini berkekalan menuju jalan redhaMu hingga ke Firdaus nanti. Tunjukkanlah
aku laluanku. Suluhkanlah cahaya padanya agar tidak aku tersasar dari halaku.
Insan-insan yang aku muliakan lagi kasihi, hanya doa dapat
ku titipkan. Moga di saat dukamu, saat kau perlukan seseorang disisimu, biar
mungkin bukan aku yang menenangkanmu ku pasti Dia akan bersamamu memelukmu.
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih ibu dan abah.
Terima kasih Habib Hassan dan Cik Ahmad.
Terima kasih Kak Mustafiyah, Muzhaffar Khalis, Syafiq dan Khairuddin Azhar.
Terima kasih Hanisah dan Syaheer.
Jazaakumullah.
Terima kasih ibu dan abah.
Terima kasih Habib Hassan dan Cik Ahmad.
Terima kasih Kak Mustafiyah, Muzhaffar Khalis, Syafiq dan Khairuddin Azhar.
Terima kasih Hanisah dan Syaheer.
Jazaakumullah.